Posted in
Kisah
Di Gores
kang iyanon Sabtu, 05 Juni 2010
jam
00.55
Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.
Sabda Rasulullah mengatakan :
·"Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)
Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu
·"Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan
Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi. Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah berfirman yang bermaksud : "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.
Berawal dari tamu yang sering berkunjung di kediaman Habib Hasyim bin Muhammad bin Yahya untuk meminta nasehat dan doa dari beliau, dan hampir tiap hari selalu ada orang yang datang berkunjung di kediamannya, ada kalanya orang yang datang meminta nasehat dan doa, namun tidak sedikit pula yang datang hanya sekedar silaturrahim saja.
Walid Hasyim, begitulah beliau akrab disapa, baik di rumahnya, tetangga-tetangganya, maupun orang-orang yang mengenalnya. Beliau adalah sesosok orang yang selalu memberikan 'pencerahan' bagi orang yang membutuhkan akan nasehatnya, dengan kepiawaian serta tabiat dan kepribadiannya yang membuat masyarakat sekitar menaruh rasa akan tawadlunya, pantaslah sosok beliau kami para jamaah menyebutnya sebagai “ ulama kharismatik “.
Lalu atas inisiatif dan prinsip yang sangat kuat serta petunjuk dari Allah, beliau mengajak ummat untuk berdzikir (dzikrullah) yaitu dengan tidak memandang banyak atau sedikitnya peserta/jamaah yang hadir dan tidak memandang pula tua ataupun muda akan tetapi beliau mengatakan bahwa yang diutamakan adalah rutinitas dan kedisiplinan maka dengan ijin Allah dibentuk suatu tempat berkumpul pada setiap satu minggu sekali tepatnya pada malam senin untuk berdzikir kepada Allah dengan membaca Ratib Al-Haddad dan Solawat Nabi di kediamannya, di Jalan Kapten Arya Gg.35, sebuah tempat yang terletak di tengah kota Indramayu, namun tempat kediaman beliau masuk ke dalam tepatnya di kelurahan Karangmalang. "Jam'iyyah Nurussa'adah" begitulah jamaah menyebutnya.
Disatu sisi, beliau mempunyai keturunan yang selalu mengikuti jejak ayahnya, diantara keturunan beliau yang paling menonjol dan aktif adalah Habib Mabar Al-Maududi bin Hasyim bin Yahya, karena sejak kecil beliau sudah aktif dalam menuntut ilmu agama, beliau menimba ilmu dari banyak orang, dimulai dari ayahnya sendiri, pamannya, serta para Habaib dan Ulama. Pembacaan Ratib Al-Haddad dan Solawat Nabi dipimpin langsung oleh Walid Hasyim sendiri kecuali beliau berhalangan hadir dan biasanya digantikan oleh putra beliau, terkadang setelah dzikir selesai biasa sedikit di hidangkan siraman penyejuk qolbu atau rahat-rahat sambil ngaji kuping oleh Walid sendiri. Jam'iyyah Ratib Al-Haddad dan Solawat Nabi kurang lebih hampir 13 Tahun berjalan sampai dengan sekarang. Semoga dengan ridho dan ijin Allah Jam’iyyah ini akan selalu ada sampai akhir hayat nanti…amin barokallah.
0 komentar:
Posting Komentar